Tuesday, October 14, 2008

LELAKI ITU...



Lelaki itu,
mengelirukan nurani halusku,
menghiris halus perasaan kewanitaanku,
mencabar rindu dalam kesuma hati yang sepi

terkesima seketika bila menyedari selama ini aku sebenarnya bahagia,
bahagia dek lakonan cinta tulus dari seorang yang bergelar lelaki (kononlah),
mengait benang dendam dalam diam di antara ikatan kasih,
sehingga benang kasih itu tidak dapat dianyam lagi,
sehingga sulaman kasih itu tidak menjadi bentuk hati yang sempurna,
untuk dijadikan alas untuk hati insan yang lebih mengasihi.

Apa salahnya jika dia mengatakan 'YA',

YA jika dia sudah mempunyai pengganti untuk diri ini,
YA untuk mengakhiri percintaan yang tidak patut diteruskan,
YA jika kasihnya sudah di berikan kepada yang lebih dikasihi,
YA jika dia tidak mampu mengotakan janji-janji yang pernah dia ucapkan dulu,
YA untuk semua perkara yang patut berlaku.

mampukah engkau melepaskan aku untuk hidup ku yang akan datang?

Thursday, October 9, 2008

HARI INI DALAM SEJARAH

Tak tahu kenapa hati tak tenang.
perkataan yang dia luahkan masa perjalanan balik tadi masih menganggu fikiran saya.
"Berubah-ubah pendirian. Tidak tetap."
huh..bingit telinga dibuatnya..tapi buat-buat tak dengar.
sampai di bilik ni, perasaan terganggu pula.

Tapi, tak tahu kenapa hati senang sangat nak keluar dengan dia hari ini. Dulu-dulu kalau diajak keluar, berfikir dua tiga kali. Sempat juga saya mengirimkan wasiat untuk kawan rapat saya. Begini bunyinya, "D, saya keluar dengan si X. saja mahu meninggalkan wasiat manatau sesuatu terjadi sama saya, kau lah orang yang menyebarkan maklumat terkini."huhu...

Dan akhirnya, sampailah kami disebuah restoran. Agak sunyi. Mungkin dia mahu 'privacy' kot. Saya datang kat sana buat kali pertama. Tapi, stressnya makan kat sana.

ANDA DINASIHATKAN BAWA 'RIDSECT'. Nyamuk 'jeles'nampak kamu makan.

(sambung cerita)
Seronok bercerita dengan dia. Banyak gila cerita ni. yalah..satu kampung mestilah banyak cerita. Rindu bercerita dengan kawan-kawan satu kampung. At least kurang sikitlah rasa rindunya tu, walaupun tidak terubat sepenuhnya.

"kalau orang tahu kita ber'couple', mesti orang terkejut kan? ya...
selain dari agama yang membezakan, kita yang pernah konon ber'couple' cinta kera masa sekolah rendah dulu, tiba-tiba 'declare' balik. memang menakjubkan." salah satu topik yang kami perbualkan. 'Gosip diri-sendiri'.

mm..entahlah..takut juga saya mengharap untuk sesuatu yang tidak pasti. Sudah nampak jurangnya besar dan dalam, janganlah. kan? kan? kan?

Tapi, kenapa mesej saya tidak delivered r selepas dia dah hantar saya?
dia pakai nombor dia yang satu lagi kah?
untuk apa?

SIAPA SAYA UNTUK MEMPERSOALKAN ITU SEMUA??????

lalu saya hanya mampu membuat kesimpulan, ada orang lain yang lebih layak untuk semua ini.

(Dah tu kan, bagi tahu lah mama dikampung pasal ini. huh..habis di cuci telinga..

-nanti kau kena buyuk.

-lain kali jangan ikut lagi.

lalu saya hanya mampu berkata,"Bah".

hanya dia dan Tuhan saja yang tahu.

Tuesday, October 7, 2008

kematangan seorang lelaki

Teringat hari itu,
bila saya pergi church di SIB Olive Garden,
rutin kebiasaan saya dengan teman-teman seiman bila hujung minggu menjelma.

"Dah siap?"sms itu sampai kepada saya tepat jam 8.20am. "Saya tunggu di bawah".
ringkas dan padat jawapan itu. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 20 minit itu untuk sampai ke simpang 4, tempat pertemuan saya dengan kawan saya yang satu lagi. bertanyakan melalui sms dimana dia lalu kawan saya membalas "jalan yang menuju kamu". huh..kelihatan gadis susuk tubuh tinggi, langsing dengan berhiaskan warna purple-violet kegemarannya sejak saya mengenalinya 2 tahun yang lalu membolehkan hati ini berkata, "Itu dia lenggokan gadis iban". Belum pun sempat melintasi pondok pak guard itu, bas yang disediakan oleh gereja dah pun sampai.
dan apa lagi...PECUT!!!...kalau tidak mahu naik van, langkah seribu boleh membantu.

sempat juga kami akhirnya naik bas tu. Dengan mengambil posisi tempat duduk yang selesa,'huh', nafas lega terhembus di sudut hati. ya, seperti minggu lalu keadaan yang sama berlaku pada hari ini. Musim cuti begini, student tak banyak pergi church.
perjalanan selama 40 minit ini akhirnya membolehkan saya menikmati pemandangan pekan batu 7. Senyuman wajah penghuni batu 7 itu seolah-olah mempersilakan kedatangan kami disana. Thanks God.

setelah ucapan thank q uncle kepada uncle bas itu diucapkan lalu kaki rancak berjalan menuju ke port yang biasa untuk student UiTM menikmati sarapan pagi sebelum berbakti bersama dan pasti nya Kueh Chap tu yang nombor 1.

Tapi, sebenarnya,..apa yang saya perolehi di church hari ini adalah berbaloi dan sangat berbaloi seperti hari-hari ahad yang lepas. Minggu pertama dalam setiap bulan adalah masa untuk berkongsi berkat kepada mereka yang sukarela. Semua mereka mengongsikan berkat yang telah mereka perolehi lewat pekerjaan Tuhan dalam hidup mereka. Tapi, hati saya tertumpu kepada seorang hamba Tuhan apabila dia mengongsikan fakta ini.

"Ukuran kematangan seseorang lelaki bukan diukur dari segi umurnya, bukan juga diukur dari segi lebatnya janggut di bawah dagunya atau kelebatan kumisnya (macam Datu K?) tapi ianya diukur sebanyak mana tanggungjawab yang telah dipikulnya."

NEKAD


Dengan segenggam ketabahan ini,
aku melangkah untuk perjalanan yang belum diketahui dimana, bila dan bagaimana penghujungnya.

Dengan ukiran senyuman ini,
aku gahkan diri,
bersama dengan arus lautan yang dalam,
terbang dek tiupan angin,
yang membawa aku ke destinasi yang belum pun aku ketahui.

Dengan lingkaran kasih ini,
aku mahu mengasihi mereka yang pernah aku kenali,
memahami mereka yang akan aku kenali,
setia pada mereka yang sudi menerima diri seadanya aku,
dengan segala ukuran darjah kebaikan serta kelemahan yang ada pada diri ini.

Dan selagi nadi ini masih berdetak,
selagi mata ini masih mampu melirik,
selagi tangan ini masih mampu melambai,
selagi jiwa ini masih mampu menyapa,
selagi fikiran ini masih mampu berzikir,
selagi hati ini masih mampu berharap pada yang satu,
selagi kaki ini masih bertapak di bumi Allah,
Selagi itulah perjalanan ini tidak akan berakhir
dan selagi inilah jasad ini masih mengembara,
mencari erti kehidupan yang sebenar di alam maya.

Friday, September 26, 2008

PERASAAN ITU


PERASAAN ITU,
datang dan pergi,
meleraikan ikatan antara akar-akar dan bibit-bibit kasih yang baru bercambah subur,
yang akhirnya kasih, sayang dan cinta itu telah sampai kepada noktahnya.

PERASAAN ITU,
mudah disembunyikan dari lirikan mata-mata paparazi,
mudah diselitkan di celah-celah kepingan hati,
ukiran senyuman diatas wajah hipokritisme itu mampu memerangi lara hati yang terluka.

TAPI,
perasaan itu,
akhirnya memakan diri,
menanggung seratus beban,
menyingkap seribu dendam,
menggapai sejuta tangis,
hanya untuk menampal hasrat hati yang tersirat dalam sebuah hati yang tersurat.

PERASAAN ITU,
menghalang aku untuk menikmati lembaran indah,
menghindarkan hati mennyelami erti sebuah kebahagiaan ,
menghentikan debaran cinta untuk terus bersemarak di antara salju rindu.

DAN AKHIRNYA,
hanya dambaan pilu yang bertakhta dipelusuk jiwa,
sehingga menyebabkan,
jantung tidak berdegup lagi menanti percikan hujan-hujan kebahagiaan,
kaki kaku jauh di sudut kasih,
mata hanya mampu mengintai dari tirai jendela hati yang kosong,
bunga-bunga cinta itu akhirnya layu di pusara kalbu.

HATI,
hanya mampu membiarkan perasaan indah itu singgah lalu pergi,
mengukir secarit luka,
merantai seutas benang rindu,
yang entah bila akan putus akhirnya.

Thursday, September 25, 2008

3 dalam 1


Sinaran mentari itu indah...
kadang-kadang panas....
sehingga kadang kala tidak sanggup ku reda jalan yang masih tidak berturap itu...

kadang-kala mendung...

menyebabkan padi yang baru siap dituai oleh sang petani untuk dikeringkan sebagai santapan untuk hari-hari yang akan datang..tidak menjadi..
kadang-kadang bila awan redup meliputi cakrawala..

sinaran itu tidak sampai kepada kita..

malah lebih teruk lagi jika ia diiringi petir dan hujan...

rasa bangga menjadi anak petani...

(yang hanya bersandarkan tanah untuk meneruskan titik-titik kehidupan..
mentari itu sebagai sahabat,
hujan itu sebagai teman)
mula menular di dalam kalbu,.
berdiri gah di medan pertarungan untuk mencari erti sebuah kehidupan.
seperti perjuangan askar untuk pertiwi.
(cerita tentang diri)


(kadang-kadang, kadang-kala)

hati kadang-kala silap menduga...
mulut kadang-kala salah berucap...
fikiran kadang-kala silap menafsir..
mata kadang-kala salah melihat...
telinga kadang-kala salah mendengar..
tangan kadang-kala silap meraba...(uppst....lain macam ja bunyinya)

(pintu itu..pintu ini)

Di sana...ada pintu,
pintu yang pernah saya kunjungi suatu masa dahulu,
pintu yang pernah menemani saya untuk melalui lorong-lorong kehidupan,
pintu yang membantu saya menyelongkar setiap sudut dalam bingkisan hati,
menyelinap perasaan indah yang terselit rapi di dalam sanubari.


Disini..ada pintu..

yang terbuka..
menjemput saya untuk bersama mengharungi liku-liku kehidupan yang akan datang..
menyelak tirai kehidupan yang baru..
menitip hari-hari yang tidak terduga keadaannya..
sehingga kadang kala..tidak tercapai akal untuk memikirkannya..

seringkali kita terpaku untuk merenung kepada pintu itu saja..
sehingga menutup ruang untuk pintu ini menabur semaian kasih ditapak perasaan..
sehingga ia berlalu dengan begitu sahaja.....
dengan lirikan yang tidak dapat kuselami..
melakar parut di pinggir perasaan..
berlalu pergi seribu makna.

namun,
disaat kita merasakan keadaan itu adalah yang terbaik untuk kita..
terpakulah disana..dan jangan berganjak..selagi perasaan bahagia itu masih lagi bertaktha...


(yang penting bohogia ka d momogun)


bahagia dengan teman seperjuangan (bubye.....muah)