Monday, December 28, 2009

luahan rasa di centre point.

Hati sedang cuba untuk mengukir kepercayaan,
hati sedang giat untuk memahat cinta,
hati sedang giat untuk menganyam rasa cinta,
hanya untuk seseorang yang sudi singgah di dahan hati.

sejauh mana kesungguhan hatinya...
tidak diketahui.

sejauh mana kebenaran kata-kata pujangga yang keluar dari bibirnya,
tidak diketahui.

sejauh mana rencana Tuhan akan cinta kami,
Tuhan saja yang tahu.

HANYA MAMPU MEMAJUKAN DIRI,
BERSABAR DAN TERUS BERJUANG,
SELAGI PERJUANGAN BELUM SELESAI,
KEKUSUTAN BELUM TERLERAI.

Monday, October 26, 2009

MY HERO IN THE SOCCER WORLD


DIA TETAP DIHATI UNTUK SELAMANYA.........................

Thursday, October 22, 2009

A day after my 24..


muka penat dengar motivasi malam pra-graduan...apa nda..sejam lebih VVIP berucap....


aku diapit gadis iban eh...amoy n lane..


coursematesku yang tersayang...


haha..baru sampai dah posing....zai lelaki bidayuh terakhir...


A day after my 24th years old...baju tajaan apai and indai..thank u for this very special birthday present..GOD BLESS U..

Sunday, October 18, 2009

Girl become a woman..

Tidak sedar rasanya bila masa sudah menelan umur,
kenangan dan pengalaman manis sahaja yang mampu kita bawa bersama.

Tidak kira apa yang telah berlaku pada masa kita yang lalu,
yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Dengan berlalunya umur saya 24 tahun yang lalu,
kutanamkan satu azam dan harapan.

semoga cita-cita tiga tahun akan datang akan tercapai:
-jadi QS yang berjaya...chayuk2
-dapat hint2 untuk mendapatkan VIOSKU..idaman kalbu dari mula terciptanya ia, sekarang dan sampai selamanya.
-semoga 'dia' yang ada dengan saya pada masa ini adalah jodoh saya..tapi kalau x, pasti ada suda disediakan yang terbaik untuk saya dan untuk 'dia' juga..CHINTAYG1
-dapat bayar hutang cepat2...KPM & PTPTN..adoii...utang o utang...
-semoga jiwa akan lebih pandai menilai mana yang kaca, intan, permata, tin kosong, besi berkarat..
-memperbaiki diri dari kesalahan yang lalu dan melangkah terus ke hadapan tanpa menoleh kebelakang...

Im a Girl become a Woman...

Saturday, October 17, 2009

ANTARA KASIH, RINDU DAN DENDAM

Merasai sayunya tamparan angin malam,
bersama aku melayan perasaan CHINTAYG1 yang entah dimana kini harus kuletakkan.

Melayan hebatnya gelodak CHINTAYG1 itu,
Mengundang bisikan rindu, menjemput sengaranya DENDAM bermukim diruang hati.

Mendalami asyiknya cinta, rindu dan kasih ini,
Hanya mampu melihat parut itu yang berusaha ku anyam tekun terungkai kembali.

Rindu ini sememangnya hanya untuk CHINTAYG1,
Lingkaran kasih yang kemas tersimpul rapi ini hanya untuk dia CHINTAYG1.

Bergelumang dengan perasaan antara KASIH, RINDU dan DENDAM,
hanya memampukan aku untuk melihat betapa hebatnya kasih dan rindu ini suatu ketika dahulu yang kini hancur dimamah DENDAM yang sarat ku tahan.

Hati ini hanya mampu mendoakan semoga dengan apa yang berlaku diantara ikatan kasih dan rindu yang pernah muncul diantara CHINTAYG1 ini,
membolehkan VIOSKU itu menemui dan mengalami CHINTAYG1 yang lebih hebat dari apa yang aku rasai tika dan saat ini.

Friday, October 9, 2009

kenduri..keh3


amboi..amboi..meriahnye..p kenduri kahwin ker??


jalan2 cari makan..


pa mcm..ada harapan jadi artis ker?


KFC idaman ku selalu...


ada gaya artis x????????????????????????????????????

KUSUTNYA...hinggap didahan hati.

Sulit untuk diungkapkan dengan kata,
Sukar untuk digambarkan dengan lakaran,
Susah untuk diukir dengan senyuman,
Bagai tawa dalam tangisan yang hanya dipaksa ukir,

Bila Segala kekusutan sedang rancak berpaut didahan hati.

Kuntuman hati itu terlerai,
Bisikan rindu itu tidak terasa asyiknya lagi,
Harapan itu hanya sekadar kenangan yang ketandusan kasih,
Bila mana rasa percaya ini begitu mudah dilorek,
Bila cinta itu terserlah melalui tindakan yang melampau,
Sedang hati tidak menginginkannya.

Tuesday, October 6, 2009

kenangan silam..memori indah..


senyum tanda kemenangan..YES!!


amoy n me....


ni baru menjejakkan kaki ke bumi kucing ni..kt waterfront...

Monday, September 7, 2009

sedang...



Sedang kaki berlari anak,
Mengecap rasa indahnya hidup,
Menggapai sinar kasih yang sentiasa menyinar di hujung sana.

Sedang minda sedang berfikir,
Samudera rindu kadang-kadang bertandang,
Mengusik kalbu menggamit memori indah bersama kesuma hati suatu ketika dulu.

Sedang mata sedang melirik,
Terbayang indahnya kebahagiaan yang lalu,
Hati merintih seksa bila merasai gugurnya airmata yang terperangkap lama didanau rindu.

Sedang hati ingin menyayangi,
Keraguan sentiasa menyelubungi diri,
Bimbang bersatu bersama celarunya hati,
Adakah kita diciptakan untuk bersatu????

Tuesday, July 28, 2009

RINDU UNTUK DIA




Semakin ku selindungkan rindu ini,

Semakin beban cinta ini terus membuak laju,

hanya menunggu ledakan-ledakan bara cinta itu meletus...

Semakin ku pujuk hati ini bahawa jodoh kita biar Dia yang atur,

Walau bagaimana kerasnya tebing hati ini berhempas pulas untuk melawan ombak rindu itu,

Menghalang benteng keegoan runtuh lewat kesetiaan mu di sisi,

namun makin hari ia makin nipis Yang mana Keretakkanya semakin kelihatan,

Yang akhirnya hanya mampu melihat benteng hati itu runtuh,

Nah!! betapa dahsyat dan hebatnya apabila cinta dan rindu itu sudah bersatu,

dan saat itu juga hati ini menyedari,

AKU AMAT MENGHARGAI DAN MERINDUI KESEBATIAN DIRIMU DALAM HIDUPKU.

Monday, July 27, 2009

friends kat sabah sana...










Fresh @ PERUBAHAN


muka2 fresh baru balik dari practical..


ni muka kat siang2 ari tu..


dorang pun mok posing juga...

Cow grass sculpture, photo by TiffersAnn.


hmm...banyak betul bakat manusia kalau di aplikasi kan sebaiknya...
untuk mendapatkan lebih banyak koleksi dapat di STRANGE WORLD.

ALOPS EVERY BODY

beberapa hari yang lalu, saya bawalah laptop saya ni pergi kuliah..yalah kuliah kadang-kadang perlu laptop juga kan...bukan nak minta puji lah...tapi topik nya ari ni...ialah..bila kekawan ternampak wallpaper sperti gambar di bawah tue.. maka tercetuslah banyak spekulasi..



Perbualan yang masih sempat di ingat2..
PM:Bodoh juga kucing tu kan mcq...
MCQ:Napa pula?
PM:Yelar...dia biar saja tikus tu atas kepala dia..jangan-jangan kucing tu buta...tuli..hidung pun mesti tidak berfungsi..
MCQ:Mana ada PM...
PM: Jadi, apalah?
MCQ : Kucing tue cakap...kasi chance dulu dia..biar gemuk dulu...
PM : ?????

Tuesday, May 5, 2009

Dear Frens..

my blog is still under maintenance..but u can view it as long as u can...but not perfectlah...semoga terhibur..

Suasana Kg. Talantang...


ni keadaan sawah padi selepas di tuai...(bilang melayu dalam..lapas kana kambain)


mesti ada orang Talantang yang x sedar yg kita punya kg ni mmg nyaman..cantik dan ada keindahan yang semulajadi..


suasana waktu senja di tepi jalan besar kg talantang yang menghubungkan beberapa kg yang lain..


tengok sawah padi yang sedang menghijau...nnt lepas tue menguning lah dia...untuk dituai..


Perjalanan ke sawah padi di kg Rangalau,..x jauh juga dr kg..

sehari bersama madam n husband di Pulau Mamutik..best o!!


setelah sekian lama berkecimpung dalam practical training, terus jumpa madam di Promenade hotel..


sesi perjumpaan yang mendebarkan...cari jodoh kah tu?


Pulau Mamutik best..


gadis ayu sedang mencari jodoh..kira2 bak buat posing maut..tapi x jadi..huhu


madam..senyum kebahagiaan yang semakin terserlah..walaupun tym balik dr pulau,..hujan menerpa di pipi bak menerima tamparan halus...pedih..macam minah rempit lumba haram waktu hujan ooo...(eik..bukan pengalaman r)

Wednesday, April 15, 2009

Jangan ada kecewa, jangan ada sesalan, jangan ada keluhan, jangan ada tangisan..

Ingin Kurawat luka yang lama terpendam..tanpa perlukan pertolongan orang lain...
namun, bila dia datang ingin menjadi penawar...
yang mana anda ingin lakukan..

jika tidak..teruskan dan teguhkan dinding hati agar lembutnya tidak menjadi..
jika ya...Jangan ada kecewa...jangan ada sesalan..jangan ada keluhan..jangan ada tangisan..pada masa yang akan datang..
kerana kesanggupan untuk menerima dia sebelum ini bermakna sanggup menerima keadaan yang bakal dijangkakan berlaku..

Wednesday, March 25, 2009

???

Lama juga saya tidak 'makan angin' disini..
rindue giler lah katakan....

beginilah rasanya kerja, secara realitinya..beginilah...
kena berdepan walau camana pun situasi..

amik keja 'part time' every weekend merupakan satu cabaran bagi saya..
dalam saat-saat genting begini, ada pula projek yang perlu di siapkan..
report..apa lagi terbengkalai lah...waduh..gawat nie....

Thursday, February 12, 2009

Bila mana..........

Kadang-kala,
Keindahan itu tidak semestinya indah,
Bila mana di antara bilur-bilur keindahan itu,
Terselit parut-parut halus yang hanya bisa ditafsirkan dan diungkapkan dengan hati,
Kenapa dan mengapa ia boleh terukir diantara anyaman dua hati.

Kadang-kala,
Kebahagiaan itu tidak semestinya bahagia,
Bila mana di antara titik-titik kebahagiaan itu,
Terselit duri-duri halus yang mampu menyuntik dan menyebarkan bisanya racun yang dianggap madu,
Bila mana mata hati sudah tidak mampu menilai,
Yang mana kaca,
Yang mana intan,
Yang mana permata,
Bila mana telinga jiwa sudah tidak mampu membezakan,
Yang mana suara hati,
Yang mana suara nafsu,
Yang mana suara akal.
Hanya kekeliruan yang tinggal di situ bila mana minda sudah dikelirukan oleh perasaan aneh yang timbul di setiap sudut kalbu.

Kadang-kala,
Cinta itu tidak semestinya mencintai,
Bila mana nafsu sudah menjadi raja,
Bila mana diri sudah menjadi hamba.

Tuesday, February 10, 2009

suasana yang dirindui...talantang..i miss u..





'Dia' yang dirindui

ui..itu nama dia 'Dayung'...my lurvly dog..rocky..yoyo...

Gaya tanak wagu SIB Talantang 1..masi solo...
sila tinggalkan bagi no akaun beserta dengan no pin kalau berminat..
jangan lepaskan peluang...



maluenye...cukuplah..jan gambar lagi..abis gaya dah..


'x' bf b4 dayung..suka ikut kami p kebun kelapa sawit...
duduk di kereta sebelah driver lagi tu...elek ja..




my lurvly...seksi..manja...senyuman paling mahal..peewwit!!