
Dengan segenggam ketabahan ini,
aku melangkah untuk perjalanan yang belum diketahui dimana, bila dan bagaimana penghujungnya.
Dengan ukiran senyuman ini,
aku gahkan diri,
bersama dengan arus lautan yang dalam,
terbang dek tiupan angin,
yang membawa aku ke destinasi yang belum pun aku ketahui.
Dengan lingkaran kasih ini,
aku mahu mengasihi mereka yang pernah aku kenali,
memahami mereka yang akan aku kenali,
setia pada mereka yang sudi menerima diri seadanya aku,
dengan segala ukuran darjah kebaikan serta kelemahan yang ada pada diri ini.
Dan selagi nadi ini masih berdetak,
selagi mata ini masih mampu melirik,
selagi tangan ini masih mampu melambai,
selagi jiwa ini masih mampu menyapa,
selagi fikiran ini masih mampu berzikir,
selagi hati ini masih mampu berharap pada yang satu,
selagi kaki ini masih bertapak di bumi Allah,
Selagi itulah perjalanan ini tidak akan berakhir
dan selagi inilah jasad ini masih mengembara,
mencari erti kehidupan yang sebenar di alam maya.
No comments:
Post a Comment