Friday, October 9, 2009

kenduri..keh3


amboi..amboi..meriahnye..p kenduri kahwin ker??


jalan2 cari makan..


pa mcm..ada harapan jadi artis ker?


KFC idaman ku selalu...


ada gaya artis x????????????????????????????????????

KUSUTNYA...hinggap didahan hati.

Sulit untuk diungkapkan dengan kata,
Sukar untuk digambarkan dengan lakaran,
Susah untuk diukir dengan senyuman,
Bagai tawa dalam tangisan yang hanya dipaksa ukir,

Bila Segala kekusutan sedang rancak berpaut didahan hati.

Kuntuman hati itu terlerai,
Bisikan rindu itu tidak terasa asyiknya lagi,
Harapan itu hanya sekadar kenangan yang ketandusan kasih,
Bila mana rasa percaya ini begitu mudah dilorek,
Bila cinta itu terserlah melalui tindakan yang melampau,
Sedang hati tidak menginginkannya.

Tuesday, October 6, 2009

kenangan silam..memori indah..


senyum tanda kemenangan..YES!!


amoy n me....


ni baru menjejakkan kaki ke bumi kucing ni..kt waterfront...

Monday, September 7, 2009

sedang...



Sedang kaki berlari anak,
Mengecap rasa indahnya hidup,
Menggapai sinar kasih yang sentiasa menyinar di hujung sana.

Sedang minda sedang berfikir,
Samudera rindu kadang-kadang bertandang,
Mengusik kalbu menggamit memori indah bersama kesuma hati suatu ketika dulu.

Sedang mata sedang melirik,
Terbayang indahnya kebahagiaan yang lalu,
Hati merintih seksa bila merasai gugurnya airmata yang terperangkap lama didanau rindu.

Sedang hati ingin menyayangi,
Keraguan sentiasa menyelubungi diri,
Bimbang bersatu bersama celarunya hati,
Adakah kita diciptakan untuk bersatu????

Tuesday, July 28, 2009

RINDU UNTUK DIA




Semakin ku selindungkan rindu ini,

Semakin beban cinta ini terus membuak laju,

hanya menunggu ledakan-ledakan bara cinta itu meletus...

Semakin ku pujuk hati ini bahawa jodoh kita biar Dia yang atur,

Walau bagaimana kerasnya tebing hati ini berhempas pulas untuk melawan ombak rindu itu,

Menghalang benteng keegoan runtuh lewat kesetiaan mu di sisi,

namun makin hari ia makin nipis Yang mana Keretakkanya semakin kelihatan,

Yang akhirnya hanya mampu melihat benteng hati itu runtuh,

Nah!! betapa dahsyat dan hebatnya apabila cinta dan rindu itu sudah bersatu,

dan saat itu juga hati ini menyedari,

AKU AMAT MENGHARGAI DAN MERINDUI KESEBATIAN DIRIMU DALAM HIDUPKU.