
Semakin ku selindungkan rindu ini,
Semakin beban cinta ini terus membuak laju,
hanya menunggu ledakan-ledakan bara cinta itu meletus...
Semakin ku pujuk hati ini bahawa jodoh kita biar Dia yang atur,
Walau bagaimana kerasnya tebing hati ini berhempas pulas untuk melawan ombak rindu itu,
Menghalang benteng keegoan runtuh lewat kesetiaan mu di sisi,
namun makin hari ia makin nipis Yang mana Keretakkanya semakin kelihatan,
Yang akhirnya hanya mampu melihat benteng hati itu runtuh,
Nah!! betapa dahsyat dan hebatnya apabila cinta dan rindu itu sudah bersatu,
dan saat itu juga hati ini menyedari,
AKU AMAT MENGHARGAI DAN MERINDUI KESEBATIAN DIRIMU DALAM HIDUPKU.
No comments:
Post a Comment