Friday, August 15, 2008

thanks God...

hai fren..ya..saya rasa saya kena tabahkan hati saya untuk menghadapi semua yang bakal menghantui saya pada masa ini dan pada masa yang akan datang..kadang-kadang banyak perkara yang boleh mendorong kepada perkara yang sepatutnya tidak dialu-alukan..haha..menyebabkan jiwa kita meronta..hati kita terdesak..yang kadang-kadang mengelirukan penglihatan dan menyesatkan pemikiran kita...sehingga sampai pada satu saat itu kita tidak mampu berfikir dengan lagi..tidak mampu berjalan sendiri..tidak mampu untuk bangun dari jatuh tersungkur..lalu hanya mampu berserah kepada takdir dan mengandalkan semuanya kepada Dia yang Maha Esa...
saya..yang apabila sampai kepada satu saat yang begitu lemah..apabila merasakan putus asa itu semakin bermaharajalela..apabila tahap ketabahan itu semakin nipis dari tebal sekeping kertas putih A4..apabila merasakan nafas saya semakin berada dihujung uban yang hampir berguguran dimamah usia..hanya memerlukan setitis airmata sebagai teman untuk mencurahkan segalanya..teman untuk memujuk hati dikala sayu, pilu, hancur berderai..teman untuk menghidupkan kembali kecekalan hati sebagai bekalan untuk hari esok..seperti cahaya matahari yang mula memancarkan cahayanya kepada sang petani untuk mencari sesuap rezeki..untuk kehidupan mereka yang seterusnya..
Nyahlah kamu yang tidak tahu menghargai kehidupan yang telah dianugerahkan kepada kamu!!
Nyahlah kamu yang hanya mampu menyebabkan kehidupan orang lain musnah lantaran sikap kamu yang haloba akan kebendaan..tanpa memikirkan yang pada suatu masa dahulu kita diciptakan bersama sebagai khalifah untuk bersama mentadbir alam maya ini..yang mana sudah pasti akan kita tinggalkan juga akhirnya..bertuahlah mereka yang telah menghabiskan sisa hidup di dunia ini dengan aman..dan generasi seterusnya perlulah mengekalkan dan kalau boleh memberikan kebaikan dan meninggalkan nama yang baik diatas muka bumi ini....untuk generasi yang seterusnya..seterusnya..dan seterusnya...
Tuhan, hamba Mu yang kerdil ini memerlukan secebis ketabahan dan kecekalan hati untuk meneruskan perjuangan...dan kasih Mu yang melimpah ke atas saya selama ini begitu saya syukuri..kerana hidup yang ada pada saya pada masa ini ialah kerana kasih, kemurahan dan kebaikan yang telah engkau limpahkan ke atas saya...dan saya tahu berkat Mu itu akan terus melimpah ke atas kami yang sentiasa setia dan percaya..dan sentiasa mengandalkan semuanya kepada Engkau..penyertaan Mu dalam setiap saat dalam setiap langkah tapak kaki saya, dapat saya rasakan setiap saat dan waktu..dan dari jauh disana Engkau memerhati dan menanti saya dengan setia dan dengan senyuman yang indah menyebabkan semangat saya untuk menjalani hari-hari yang mendatang semakin saya rasakan kehangatannya...Cheewah!!

No comments: