Tuesday, October 21, 2008

RINDU DALAM SEPI





Rindu itu bertandang lagi,
bila sepi itu melanda jiwa.

Rindu itu bertapak lagi,
diatas alas sepi sekeping hati.

Rindu itu menular halus,
diantara bilur-bilur kasih yang terasing dalam sepi.

Rindu dan sepi itu bersua lagi,
Bila hati masih merindui dia yang pergi dengan sepi,
membawa pergi seribu kebahagiaan,
meninggalkan kasih dalam dakapan sejuta kedukaan,
melingkari perasaan sayang yang seharusnya dikongsikan dengan Dia yang dalam kesepian.

Saturday, October 18, 2008

Sweet day...muah!!!!!!



Terima kasih kepada celcom kerana memberikan bonus bfday..free call and sms selama 7 hari..wua......tambah bahagia lagi..i lurv celcom..



ni cayang adlin yg wish..haha...thanks for the song ndu..i love u 2..muah...



it is me on my age of 24..haha..take pic wif u sweet cornelia...



ni zodiak saya..hahaha...



i am blessing because of the pray of everyone know me..and i want to bless everyone that i know with what God have done in me..thanks Lord.





amoinya hadiah..bukan alang-alang..makanan yang paling sedap didunia..waaa...memang sedap...nyam..nyam..



this my close fwen kat kg bagi..hahaha..ragu- ragu lagi dia bagi..gini ayat full dia..

'Hi, wht r u doin' now?..ehe, i'm not mistaken ur bday is 2day kan? i dun remember anymore ba..bt, if it is true, i wud lyk 2 greet u A.P BORNDAY SWEET 24th YRS OLD..Bt,ifrong, just assume that today is ur bornday ya..May God bless u owez..take care ya.'
haha..ada juga kawan lama time skul dlu wish..thanks..



ni orang ketiga bagi saya wish..mm..thanks wawa..



ni apai saya yg bagi tau...haha..orang pertama dari 17hb lagi wish sampai pagi 18hb..thanks apai..May God bless u n ur family..

Thursday, October 16, 2008

HATI KU GUMBIRA...LALALALALALA...


Senyuman hari ini,
Senyuman yang jarang-jarang kita pandang,
kalau boleh nak bagi tahu alam fana ini yang hari ini adalah hari yang paling bahagia untuk saya,
Sehingga tak sedar pokok-pokok, rumput-rumput hijau, dan anjing serta kucing disepanjang jalan itu melambai-lambai dengan senyuman manis kearah saya.
'Tahniah, anda kini bahagia'.

senyuman yang membawa seribu makna,
tanda kebahagiaan untuk hidup yang akan datang.

Huh...
letih juga memujuk dia untuk melepaskan saya saja,

Saya hanya perlukan perkataan 'YA' untuk semua ini,
rasa macam tidak dapat bertahan lagi untuk perkara yang tidak terduga bagaimana keadaannya...

dan akhirnya terungkap juga perkataan dua huruf itu dari corong telefon..
'YA'..biar betul..betulkah tidak ni??????

yahuu...
at last penderitaan saya telah berakhir.

Tiada lagi tawa dan tangis dengan 'dia' selepas ini,
saya akan melalui semula hidup saya seperti 7 bulan yang lalu,
sebelum saya bertemu cahaya cinta itu dengan 'dia'...

Saya sebenarnya tersangat bahagia dengan dia,
Saya telah menerima dia,
seadanya dia dengan segala kebaikan dan kekurangan yang ada padanya,
mencuba untuk menyayangi dan menyerahkan segala kasih yang terselit rapi dipeti sanubari ini,
hanya untuk 'dia',
hanya untuk 'dia' seorang saja.

Tapi,
'dia' tidak mampu menerima seadanya saya,
lalu berpaling untuk orang yang telah pun berjaya mencuri hatinya dari saya.

Dan,
belajar dari apa yang telah berlaku,
yang baik dijadikan teladan,
yang buruk dijadikan sempadan,
Saya merasakan beginilah sebenarnya rasa 'BAHAGIA' itu,
tak terungkap dengan kata,
tak tercapai dengan akal dan fikiran,
senyuman manis itu saja yang terukir,
tanda sinar kebahagiaan semakin bertaktha.

Dan,
hati kecil pun berkata,
hati ku gumbiraaaaa....
chewah....

Tuesday, October 14, 2008

LELAKI ITU...



Lelaki itu,
mengelirukan nurani halusku,
menghiris halus perasaan kewanitaanku,
mencabar rindu dalam kesuma hati yang sepi

terkesima seketika bila menyedari selama ini aku sebenarnya bahagia,
bahagia dek lakonan cinta tulus dari seorang yang bergelar lelaki (kononlah),
mengait benang dendam dalam diam di antara ikatan kasih,
sehingga benang kasih itu tidak dapat dianyam lagi,
sehingga sulaman kasih itu tidak menjadi bentuk hati yang sempurna,
untuk dijadikan alas untuk hati insan yang lebih mengasihi.

Apa salahnya jika dia mengatakan 'YA',

YA jika dia sudah mempunyai pengganti untuk diri ini,
YA untuk mengakhiri percintaan yang tidak patut diteruskan,
YA jika kasihnya sudah di berikan kepada yang lebih dikasihi,
YA jika dia tidak mampu mengotakan janji-janji yang pernah dia ucapkan dulu,
YA untuk semua perkara yang patut berlaku.

mampukah engkau melepaskan aku untuk hidup ku yang akan datang?

Thursday, October 9, 2008

HARI INI DALAM SEJARAH

Tak tahu kenapa hati tak tenang.
perkataan yang dia luahkan masa perjalanan balik tadi masih menganggu fikiran saya.
"Berubah-ubah pendirian. Tidak tetap."
huh..bingit telinga dibuatnya..tapi buat-buat tak dengar.
sampai di bilik ni, perasaan terganggu pula.

Tapi, tak tahu kenapa hati senang sangat nak keluar dengan dia hari ini. Dulu-dulu kalau diajak keluar, berfikir dua tiga kali. Sempat juga saya mengirimkan wasiat untuk kawan rapat saya. Begini bunyinya, "D, saya keluar dengan si X. saja mahu meninggalkan wasiat manatau sesuatu terjadi sama saya, kau lah orang yang menyebarkan maklumat terkini."huhu...

Dan akhirnya, sampailah kami disebuah restoran. Agak sunyi. Mungkin dia mahu 'privacy' kot. Saya datang kat sana buat kali pertama. Tapi, stressnya makan kat sana.

ANDA DINASIHATKAN BAWA 'RIDSECT'. Nyamuk 'jeles'nampak kamu makan.

(sambung cerita)
Seronok bercerita dengan dia. Banyak gila cerita ni. yalah..satu kampung mestilah banyak cerita. Rindu bercerita dengan kawan-kawan satu kampung. At least kurang sikitlah rasa rindunya tu, walaupun tidak terubat sepenuhnya.

"kalau orang tahu kita ber'couple', mesti orang terkejut kan? ya...
selain dari agama yang membezakan, kita yang pernah konon ber'couple' cinta kera masa sekolah rendah dulu, tiba-tiba 'declare' balik. memang menakjubkan." salah satu topik yang kami perbualkan. 'Gosip diri-sendiri'.

mm..entahlah..takut juga saya mengharap untuk sesuatu yang tidak pasti. Sudah nampak jurangnya besar dan dalam, janganlah. kan? kan? kan?

Tapi, kenapa mesej saya tidak delivered r selepas dia dah hantar saya?
dia pakai nombor dia yang satu lagi kah?
untuk apa?

SIAPA SAYA UNTUK MEMPERSOALKAN ITU SEMUA??????

lalu saya hanya mampu membuat kesimpulan, ada orang lain yang lebih layak untuk semua ini.

(Dah tu kan, bagi tahu lah mama dikampung pasal ini. huh..habis di cuci telinga..

-nanti kau kena buyuk.

-lain kali jangan ikut lagi.

lalu saya hanya mampu berkata,"Bah".

hanya dia dan Tuhan saja yang tahu.

Tuesday, October 7, 2008

kematangan seorang lelaki

Teringat hari itu,
bila saya pergi church di SIB Olive Garden,
rutin kebiasaan saya dengan teman-teman seiman bila hujung minggu menjelma.

"Dah siap?"sms itu sampai kepada saya tepat jam 8.20am. "Saya tunggu di bawah".
ringkas dan padat jawapan itu. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 20 minit itu untuk sampai ke simpang 4, tempat pertemuan saya dengan kawan saya yang satu lagi. bertanyakan melalui sms dimana dia lalu kawan saya membalas "jalan yang menuju kamu". huh..kelihatan gadis susuk tubuh tinggi, langsing dengan berhiaskan warna purple-violet kegemarannya sejak saya mengenalinya 2 tahun yang lalu membolehkan hati ini berkata, "Itu dia lenggokan gadis iban". Belum pun sempat melintasi pondok pak guard itu, bas yang disediakan oleh gereja dah pun sampai.
dan apa lagi...PECUT!!!...kalau tidak mahu naik van, langkah seribu boleh membantu.

sempat juga kami akhirnya naik bas tu. Dengan mengambil posisi tempat duduk yang selesa,'huh', nafas lega terhembus di sudut hati. ya, seperti minggu lalu keadaan yang sama berlaku pada hari ini. Musim cuti begini, student tak banyak pergi church.
perjalanan selama 40 minit ini akhirnya membolehkan saya menikmati pemandangan pekan batu 7. Senyuman wajah penghuni batu 7 itu seolah-olah mempersilakan kedatangan kami disana. Thanks God.

setelah ucapan thank q uncle kepada uncle bas itu diucapkan lalu kaki rancak berjalan menuju ke port yang biasa untuk student UiTM menikmati sarapan pagi sebelum berbakti bersama dan pasti nya Kueh Chap tu yang nombor 1.

Tapi, sebenarnya,..apa yang saya perolehi di church hari ini adalah berbaloi dan sangat berbaloi seperti hari-hari ahad yang lepas. Minggu pertama dalam setiap bulan adalah masa untuk berkongsi berkat kepada mereka yang sukarela. Semua mereka mengongsikan berkat yang telah mereka perolehi lewat pekerjaan Tuhan dalam hidup mereka. Tapi, hati saya tertumpu kepada seorang hamba Tuhan apabila dia mengongsikan fakta ini.

"Ukuran kematangan seseorang lelaki bukan diukur dari segi umurnya, bukan juga diukur dari segi lebatnya janggut di bawah dagunya atau kelebatan kumisnya (macam Datu K?) tapi ianya diukur sebanyak mana tanggungjawab yang telah dipikulnya."