mmmmmmmm...terubat rindu bila melihat bumi Kota Marudu ini sudah berada di depan mata...saya dah sampai kat sini sejak pagi td..seawal jam 7.30 am dari bandar metropolitan Kota Kinabalu membolehkan saya sampai disini jam 10 am..dengan menaiki perodua kancil, membolehkan saya membawa barang yang saya bawa dari bumi kenyalang. Agak banyak dan memang berat. Tapi apakan daya mesti bawa sebab saya akan meneruskan kehidupan saya selama 7 bulan yang akan datang disini dengan apa yang telah saya bawa.
Tak Sempat nak ucapkan Selamat tinggal untuk teman-teman blog selamat bercuti. Cik Neesa, Azy n Fa'en..huhuhu...yelar..laptop saya tu angol semacam...tapi tak per lah...saya ambil masa online kat CC Kota Marudu ni...anyway,
jap g kiter nak praktikal ni...so, berehat lah sepuas-puasnya sebelum kita bekerja..
enjoy urself and have a nice day.
MENYELAMI GURINDAM JIWA RASA BAHAGIA SEMAKIN TERASA, MENYELAMI GURINDAM JIWA RASA RINDU SEMAKIN BERTAKTHA. SATUKAN HATI, SATUKAN JIWA, SATUKAN RAGA DALAM SATU KATA.
Monday, November 24, 2008
Saturday, November 8, 2008
Stairway To Heaven
hai, bertemu kembali diruangan ini, dihari yang indah dan ceria buat diri anda dan juga diri saya. Saya baru bangun tadi jam 12.30 tengah hari bila rasa kurang selesa itu mula terasa. Dengan rancaknya lagu keroncong dalam perut saya ini menggagahkan diri dan mencelikkan mata fizikal saya untuk bingkas bangun lalu dengan segera pergi menyegarkan badan melalui segarnya percikan air di bilik mandi.
Semasa menikmati makanan tengahhari tadi, saya berfikir nak buat apa lepas ni. Dan akhirnya persoalan itu terjawab bila saya ada perkara yang perlu dikongsikan pada hari ini dan telah berfikir untuk mengongsikannya dengan anda semua sejak malam tadi.
Sebenarnyakan, saya lewat bangun tadi kerana saya baru saja tidur jam 8.30 pagi tadi.
Nak tahu kenapa????
Dalam kesibukan mengulangkaji untuk musim 'exam' ni, sempat juga saya selitkan diri, mencuri masa untuk menonton satu filem korea. Tajuk dia 'STAIRWAY TO HEAVEN'.
Pernah tengok tak?
Aduh duh..sedih bangat filemnya. Faham-faham saja lah kalau sudah namanya filem korea. Tidak lari kisah cintanya.
Dipendekkan cerita, dijimatkan masa, dimaksimakan tenaga kisah ini sebenarnya kisah cinta seorang perempuan yang mempunyai emak tiri, abang tiri dan juga adik tiri.
Perwatakannya memang sengsara. Gadis ini bercinta dengan seorang Lelaki dari kecil lagi, tapi disebabkan lelaki itu mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara, akhirnya mereka berpisah dan berjanji akan bertemu dengan semula. Semasa hendak bertemu, adik tirinya si gadis cantik ini (kalau drama bertirikan ni selalunya keluarga tiri tu berperwatakan jahat) langar perempuan ni. Gadis itu lalu dihantar ke hospital. Keluarga tiri gadis itu (emak, abang dan adik) bersubahat nak susahkan gadis ini. Oleh kerana sayang dengan gadis ini, abang tirinya menyembunyikan identiti diri gadis itu dan menukar namanya kerana gadis itu hilang ingatan. Si emak dan adik tiri pula bersubahat mengesahkan bahawa gadis itu telah meninggal dunia. Jadi, semua harta gadis itu jatuh ditangan mereka dan abang tiri serta gadis itu tinggal disuatu rumah yang agak sederhana dengan gadis ini. Suatu hari pertemuan yang tidak disangkakan diantara gadis dan lelaki itu semula telah berlaku. (bagaimana mereka bertemu? saya sebenarnya tertengok muvie ni part 6 dah selepas habis study (kononlah) malam tadi, fikir x bagus, cek2 melekat pula di depan screen laptop sampai pagi) Sambung cerita.....huh,..sana babak paling romantik. Laki tu fikir itu gadis tu yang dianggapnya sudah mati, tapi kan gadis tu hilang ingatan jadi dia pun hairanlah kenapa laki tu begitu. Gadis ni kerja bawahan laki tu juga dengan emak dan adik tirinya yang masa tu senang2 saja buli dia. Tapi, dia kan hilang ingatan tu lah pasak dia tak kisahkan semua itu. Tapi kan selama itu juga rasa sengsara antara mereka itu masih berlarutan. Laki tu masih ingat dengan gadis itu. Dalam masa yang sama sanalah juga emak dan adik tiri berusaha menjatuhkan gadis itu supaya dia dipecat ataupun keluar dari syarikat tu. Suatu hari, adik tiri gadis ni terlanggar balik gadis ini secara tidak sengaja. WAAA...kamu mau tau..dia punya ingatan pulih. Disana dia mula menjejaki emak dan adik tirinya. Dia berusaha membuktikan dirinya adalah gadis yang dicintai leakit tu dulu, tapi disaat itulah emak dan adik tirinya berlakon untuk membolehkan orang tidak percaya dengan kata-katanya. Mahu tidak mahu abang tiri yang sayang gadis ini akhirnya memberitahu laki nya yang 'boyfren' gadis ini yang dia adalah gadis itu, dan berbuktikan kalung berpasangan yang disimpan oleh laki dan gadis itu, akhirnya laki tu bawa gadis tu balik rumah miliknya (yang dirampas oleh keluarga tirinya). huh.....
Sampai sana saja yang saya tengok tadi. Sampai part 10. Ada 10 episod lagi. Pastinya kisah disini lebih sengsara. Kalau mau tengok cari lah sendiri. Nanti kalau saya sudah habis tengok, saya akan kongsikan dengan kamu semua lagi. k.
bubye n hv a gud saturday day..muah..

Tuesday, November 4, 2008
GELOMBANG BISU

senyuman selepas ETR exam.

hati riang, jiwa gembira...peeewitt...

(iklan semata-mata tapi bley jg digambarkan meja biru itu adalah gelombang bisu..huhu)
Pilu rasa hati,
Melihat Gelombang Bisu,
Melanda pautan kasih,
Dalam teratak hati yang pilu.
Gelombang bisu itu,
merayap membisu,
ditengah lautan rindu,
membuat hati haru biru.
Lautan rindu itukah tanda asmara,
Menghilang ditelan waktu tatkala dilanda Gelombang Bisu,
Pautan kasih itukah tanda setia,
lenyap dalam kelam tatkala Gelombang Bisu melanda.
YANG PASTINYA,
Rindu dan Kasih itu terus pergi meninggalkan aku terpinga-pinga di sebalik tabir hati yang pilu,
hanya mampu melihat Gelombang Bisu itu merayap senyap dalam dakapan bisanya racun seribu kedukaan.
Saturday, November 1, 2008
Pening-pening lalatz..

Tension itu datang,
bila masa sudah tidak cukup untuk mengulangkaji apa yang patut diulangkaji.
Stress itu menular,
bila muatan dalam memori ini sudah melebihi had dari yang sepatutnya.
Pedih itu pedih,
apabila kesebatian kata-kata peransang dari insan yang sebati dengan hati ini langsung tidak dirasai.
Apabila TENSION itu bersua dengan STRESS bergabung dengan PEDIH,
alamatnya PENING-PENING LALAT PUN MELANDA...
Thursday, October 30, 2008
Satu Penyesalan..

mengenali mu pada saat itu,
cukup untuk mengatakan aku sedang bahagia,
bahagia mengenali seorang yang boleh membutakan mata hati dari terkait dengan mata kail hati yang lain.
mencintai mu selama ini,
cukup untuk merasakan bahawa aku sudah tidak kekurangan apa-apapun,
hanya dengan memandang wajah mu,
sudah cukup untuk memenuhi segala kekurangan yang ada pada diri ini,
engkau melengkapi aku.
menyayangi mu seumur hidup ini,
cukup untuk mengatakan dan merasai apa itu 'bahagia' sebenarnya,
hanya dengan mendengar suara mu,
cukup untuk ku melalui segala dugaan yang mendatang,
hanya dengan bekalan ayat-ayat cinta itu,
cukup untuk dijadikan peluru untuk godaan, cobaan, dugaan serta tentangan yang mendatang.
memahami mu pada saat ini,
cukup untuk mengatakan bahawa aku adalah mangsa penipuan ayat-ayat cinta itu,
ayat-ayat cinta yang juga boleh diluahkan dengan gadis-gadis lain.
cukup untuk mengambarkan wajah indah yang ditatap setiap kali itu,
hanya sekadar keindahan yang berselimutkan seribu pendustaan.
setelah diri memahami situasi ini,
mengenali mu pada saat itu,
mencintai mu selama ini,
dan menyayangi mu seumur hidup ini,
adalah SATU PENYESALAN.
Wednesday, October 29, 2008
BAHAGIA MELIHAT ORANG BAHAGIA..
.jpg)
.jpg)
.jpg)
"Ku amai2 syg kt n..amat pn jauh dn 2a bdau kala betemu tapi cinta ke thdp n ikhlas..ku bhga dpt bcnta dgnmu. Ku bhga dpt bknln ngau n..ku hrgai n dlm hdpku. Ayang, ku thu sukar bgmu utk mpcyi driku, kerna ku LLKI! kn? jgn dsmakn driku dgn sspa yg prnh wjd dlm hdpmu..aku bkn llki jns i2! Aku hnya myntaimu sperti mna driku dcntai dlm hdpmu. Fhmilh pd kstiaan cntaku pdmu..kuiknlas!Akujujur pada cntamu..aku amat menyintai..I luv U!"
kadang kala dalam hati itu,
ada bau 'jeles',
melihat orang bahagia.
bahagia dek kehidupan yang ada dengan mereka sekarang.
bahagia kerana orang disisi sentiasa bahagia,
bahagia kerana ada orang yang sanggup membahagiakan mereka,
kerana mereka bahagia apabila mereka melihat orang yang disayangi bahagia.
bahagia dek senyuman mesra,
bahagia dek sinaran kebahagiaan itu terserlah di wajah orang-orang bahagia,
bahagia dek pantulan serpihan kebahagiaan itu terpancar di mata mereka,
bahagia bila melihat telefon bimbit itu sentiasa berdering,
lalu menjawab oanggilannya dengan senyuman,
lalu menjawap sms dengan sinar indahnya hidup ini,
terpampang nama itu yang selalu berlegar di medan pemikiran,
yang selalu terdetik didalam jantung hati yang berdetak,
yang bertaktha teguh di atas menara kebahagiaan,
Dan,
akhirnya aku menyedari,
melihat orang bahagia adalah perkara yang paling membahagiakan.
melepaskan dia untuk kebahagiaannya adalah yang terbaik dalam hidup ini,
kerana hanya dalam keadaan begitulah dia dan kita akan merasa bahagia.
Subscribe to:
Posts (Atom)